Berita Terkini
Seminar Percuma - Langkah Merekrut Pelajar Warganegara Asing 〈Kekosongan Segera〉 Mencari maklumat “pemerolehan” pelajar asing terkini
Seminar Percuma - Langkah Merekrut Pelajar Warganegara Asing 〈Kekosongan Segera〉 Mencari maklumat “pemerolehan” pelajar asing terkini
Selepas kejadian gempa bumi besar yang melanda bahagian Timur Jepun, persekitaran yang melingkungi pelajar asing ke Jepun dan Jepun berubah serta-merta. Pada masa ini, ramai pelajar asing yang meninggalkan sempadan Jepun walaupun pengajian mereka masih belum tamat. Walaupun kini setengah tahun sudah berlalu selepas bencana gempa bumi itu, bilangan pelajar asing yang datang ke Jepun masih tetap tidak bertambah baik. Bilangan kemasukan pelajar ke sekolah Bahasa Jepun bagi tahun kewangan ini berbanding tahun kewangan yang lalu, merosot sebanyak 25%. Biasanya, sebelum pelajar asing menyambung pengajian ke universiti atau sekolah siswazah yang diingininya, selepas menduduki peperiksaan kemasukan, mereka terlebih dahulu belajar Bahasa Jepun di sekolah Bahasa Jepun. Merosotnya bilangan pelajar baru yang belajar di sekolah Bahasa Jepun bermaksud pasaran pelajar asing di Jepun juga merosot.Melihat pada situasi ini, adalah diandaikan bahawa pelajar asing yang akan melanjutkan pengajian pada tahun kewangan 2013 juga akan jauh berkurangan daripada sebelum ini. Pada seminar ini, contoh serta pengetahuan mengenai trend terkini keperluan belajar di luar negara dan perekrutan pelajar asing akan dibincangkan.Tarikh/masa :6 Oktober 2011(Khamis)14:00~16:00
13:40 Peserta dibenarkan masuk
Tempat :Bilik Persidangan 701, Tingkat 7, Pusat Kebudayaan Sunshine, Ikebukuro
Yuran penyertaan: Percuma (terhad kepada 50 orang yang mendaftar terlebih dahulu)
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi:
Sekreatriat ‘Study JP’, Talian Penting Pelajar Asing Jepun
TEL 03-3409-0004 Pegawai:Ikeda
Isi Kandungan Seminar
1. Tentang keadaan semasa berhubung perekrutan pelajar asing dan kaunseling akademik dan kerjaya di sekolah Bahasa Jepun
Penceramah: En. Yong-Jin Arai (Pengarah Urusan, AKAMONKAI JAPANESE LANGUAGE SCHOOL, Educational Foundation of Arai Institute)
2. Strategi Media yang Berkesan terhadap Pelajar Asing China
Penceramah: En. Feng Jiang (Ketua Editor, Japan New Generation Overseas Chinese News Agency, Inc)
3. Pengenalan contoh penggunaan praktikal IT untuk merekrut pelajar asing
Penceramah: Sekreatriat ‘Study JP’, Talian Penting Pelajar Asing Jepun
(2011-10-06 10:35)



















